Thursday, March 31, 2011

Halangan Getir Operasi Bidara Kelantan Berjaya Diatasi, Akhirnya...

Tiada perkataan yg terkeluar dari lisanku selain rasa kesyukuran yg teramat kepada Rabb kerana mempermudahkan urusan pengedaran tepung keluaran Bidara (M) Sdn Bhd di negeri Kelantan. Kegembiraan ini digandakan lagi dgn kelahiran anak keempat yg merupakan  Mujahid pertama kami.

Halangan terbesar ialah urusan pengangkutan domestik dan penyimpanan tepung di negeri ini. Walaupun telah ketemu dgn syarikat pengangkutan & gudang penyimpanan tempatan, namun sebagai sebuah syarikat baru, terlalu banyak perkiraan yg perlu dibuat utk memastikan kelancaran urusan bisnes.

Insya Allah, awal bulan April 2011, pihak Bidara Kelantan akan mengambil sendiri tepung di kilang Shah Alam dan seterusnya menghantar terus kepada IKS yg telah membuat pesanan.