Saturday, January 15, 2011

'Recognition' Chef-Chef Tersohor Tanahair Kpd Bidara Flour

Sungguh terharu bila produk keluaran Bidara Flour mendapat pengiktirafan daripada chef-chef  tersohor tanahair.

Pertama....

Demo Masakan Chef Razak di MAHA 2010 


Chef Razak telah dijemput memeriahkan booth Bidara Flour di MAHA2010. Chef telah mempersembahkan dua jenis masakan daripada tepung bidara. Sambutannya amat menggalakkan.
lebih lanjut mengenai chef razak lawati www.chefrazak.blogspot.com

Kedua....

Bidara di Karnival IKTIRAF Putrajaya 


Bidara menaja tepung yang digunakan Chef Yang Jamil pada Demo Masakan di Karnival IKTIRAF Putrajaya, 10-12 Disember 2010. Pada masa yang sama seramai 10.000 orang berjalan untuk Walk4Gaza yang dilepaskan oleh mantan PM,Dr Mahathir, daripada Masjid Putra ke tapak karnival yang juga tempat chef buat demo masak. orang ramai beratur panjang untuk menikmati sajian chef pada petang itu.

Ketiga...

Bersama Bengkel ANIS

"sudah terbukti kehebatan tepung bidara" kata CFN
Bidara menaja tepung bidara untuk BENGKEL ANIS bersama Chef Faizal Ng (CFN) di Intekma Resort Sec 7 Shah Alam pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Chef mengajar 10 jenis roti, pizza bun, split bun, potato bun, sweet cherry bun, garlic bun, custard bun, yellow river bun, twist bun, sugar stick bun dan mexican coffee bun. maklumat lanjut tentang kursus boleh layari kursus uli-uli roti dan untuk maklumat lanjut chef boleh layari laman web beliau di www.cheffaizalng.com

Keempat...

Bidara @ Apa Kata Wanita TV 1 (Live)


Bidara menaja hamper penonton dalam program APA KATA WANITA bersama Zamzarina, LIVE di TV1 pada hari Sabtu 18 Disember 2010 jam 12.00 tgh - 01.00 ptg.
maklumat lanjut layari blog akw dalam tajuk kahwin! kahwin! kahwin!.

Kelima...

Demo Masakan Chef Liza di Karnival Halal Selangor 


Bidara menaja tepung untuk Chef Liza untuk Demo Masakan di Karnival Halal Selangor di Masjid Negeri Selangor pada hari jumaat-ahad, 24-26 Disember 2010. Chef membuat 6 jenis masakan menggunakan tepung keluaran Bidara Flour. Maklumat lanjut mengenai chef lawat laman web beliau.

Semoga dgn sokongan daripada chef-chef tersohor ini akan lebih meyakinkan anda semua. 

Mencuba Nasib di Sabasun, Kuala Terengganu

Hari ini pada hari Isnin, 10/01/2011 Bidara Kelantan berkelana ke Kuala Terengganu bersama dgn seorang usahawan ternama di Kelantan untuk mencuba nasib di Sabasun 2 KT.

Sabasun yg beroperasi di negeri Terengganu adalah milik anak tempatan merupakan di antara pasaraya milik bumiputera yang berjaya di tanahair kita.

Bidara Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Sabasun kerana telah memberikan 'warm welcome' kepada kami. Insya Allah, perbincangan lanjut akan dirancang dalam masa terdekat.

Rasa syukur tidak henti-henti ku panjatkan kepada Ilahi kerana telah mempermudahkan segala urusan.




Friday, January 14, 2011

Sesi Taklimat & Pemadanan Perniagaan Anjuran SME Corp.


Program "Business Matching" anjuran SME Corp. ini telah menghimpunkan IKS dari seluruh pelusuk Malaysia bertujuan untuk menemukan mereka dengan wakil-wakil daripada pasaraya besar seperti Mydin, Giant dan Jusco.
Wakil drpd Mydin bersama IKS drpd Kelantan


Dapat ku simpulkan di antara syarat-syarat atau 'requirement' untuk masuk ke pasaraya besar ini adalah seperti berikut:

i. Pembungkusan produk mesti kemas & menarik.
ii. Keterangan mengenai kandungan produk.
iii. Keterangan tentang berat atau kuantiti produk.
iv. Tambahan status HALAL bagi pasaraya besar Mydin

Wakil drpd Giant & SME Corp bersama IKS drpd Kelantan
SME Corp selaku 'Anchor' kepada IKS turut menasihati agar memastikan semua kandungan terma dan syarat difahami sebelum menandatangani M.O.U dengan pasaraya-pasaraya besar tersebut.

Tahniah kepada SME Corp!


Tuesday, January 11, 2011

2 Usahawan Berjaya Kelantan


Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd telah memulakan perancangan untuk melebarkan sayapnya di negeri Kelantan Darul Naim. Di dalam gerak kerja ini rasanya amat tidak ‘molek’ utk tidak dirakamkan penghargaan kpd 2 individu yang ku sifatkan sangat istimewa. Tidak mahu aku memberikan hamburan pujian tetapi apa yg pasti kedua-dua individu ini sangat komited, berwawasan dan mempunyai iltizam yg sangat tinggi untuk menolong usahawan bumiputera yang lain berjaya seperti mereka. Dua orang usahawan ini ku anggap sebagai anak kunci kepada kejayaan strategi bisnes Bidara Flour Sdn Bhd di negeri Kelantan Darul Naim.

Ini yg pertama….
En. Mohd Sabri Bin Mohamad merupakan satu nama yg sangat sinonim dengan industri berkaitan tepung gandum di bumi serambi Mekah.  Seorang usahawan yg  pd mulanya mendapat bimbingan MARA  telah melangkah ke industri makanan lebih 15 tahun yg lalu. Kejayaan beliau telah menjadi contoh kepada usahawan2 lain yg baru berjinak-jinak dlm bidang ini. MARA juga telah memberi kepercayaan  kepada beliau dgn menjemputnya menjadi ‘speaker’ untuk memberi tunjuk ajar dan motivasi di dalam program-program keusahawanan anjuran MARA.

Dan ini yg kedua….

  
En. Taib Mahmood, Pengarah Urusan (MD) kepada syarikat Intan Edible Oil Sdn Bhd yg menjalankan bisnes di dalam bidang pengedaran barang keperluan harian seperti minyak masak, gula, garam, tepung gandum dan lain-lain lagi.

Aku kagum dgnnya bila mendapat tahu bahawa syarikat2 gergasi di dalam bidang berkaitan produk makanan turut melantik beliau sebagai 'distributor' di negeri Kelantan.

Aku berdoa kepada Rabb supaya perbincangan awal dengan 2 orang ‘Taiko’ besar ini akan berakhir dengan kerjasama bisnes yang memberansangkan dan seterusnya akan menyemarakkan lagi dunia bisnes yang diterajui oleh entiti bumiputera di tanah serendah sekebun bunga ini.

Siiru ‘alaa barkatillah.

Sunday, January 9, 2011

Sekalung Penghargaan Untuk Kepercayaan & Sokongan Anda

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 bulan membuat tinjauan industri berkaitan tepung di tanah serendah sekebun bunga ini, akhirnya usahaku bersambut jua..... Dari Kuala Krai, Machang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh hingga ke Jertih telah dijejaki, cuma Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang yang masih belum sampai lagi.


Pertama dan utama Bidara Flour Sdn Bhd ingin merakamkan penghargaan kepada  semua syarikat, usahawan IKS dan industri berkaitan tepung  di negeri Kelantan yg memberi kepercayaan dan sokongan kepada syarikat Kami untuk membekalkan produk tepung gandum untuk kegunaan masing-masing.

Untuk makluman semua, visi Bidara Flour adalah untuk mengisi kekosongan entiti bumiputera di dalam industri pembekalan tepung gandum di negara kita yang telah dipelopori oleh bukan bumiputera. Pihak Kami menyedari akan keupayaan dan kekuatan syarikat-syarikat lain di dalam industri ini yang sudah bertapak sejak puluhan tahun lagi.

Justeru  itu, pihak Kami cuba memberikan tawaran pembelian terbaik dan berpatutan kepada semua pihak berminat yang bersifat “Win-Win Situation” bagi membolehkan kita bersama-sama menyahut seruan dan hasrat Kerajaan untuk menambah bilangan usahawan atau entiti bumiputera di dalam bidang ekonomi.


Yang lebih utama ialah menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah kerana industri ini masih belum diceburi oleh entiti bumiputera Muslim. Insya Allah, pihak Kami memberi jaminan bahawa produk keluaran Kami bukan sahaja HALAL tetapi tidak mengandungi bahan kimia yang biasa terdapat di dalam tepung (Benzoyl Peroxide) yg telah diharamkan penggunaannya di kebanyakan negara maju kerana boleh menyebabkan kanser. Tidak hairanlah jika HPA yang mementingkan Halalan Toyyiban juga turut menggunakan tepung keluaran Bidara Flour utk industri kek dan pasaran kepada ahli-ahlinya. Bahkan yang terbaru, syarikat Beras Faiza turut menjalinkan kerjasama pintar dengan Bidara.

Akhir kalam, pihak Kami sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak. Kepada yang masih tercari-cari produk ini, hubungilah pengurus Bidara Kelantan untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.