Sunday, February 20, 2011

Tepung Bidara Kini Boleh Didapati di Mydin Kubang Kerian, Kota Bharu.



Begitu teruja melihat penghantaran sulung produk tepung keluaran syarikat kami ke Mydin Kubang Kerian, Kota Bharu yg tiba pada jam 10.40 pg Jumaat, 18/2/2011.  Beberapa hari sebelumnya, perbincangan awal telah dibuat bersama pengurusan Mydin utk mendapatkan slot demonstrasi membuat kek & roti, disusuli dengan pengesahan tempahan produk tepung tersebut.

Dan pada hari Sabtu, 19/2/2011 tepung cap Bidara (hi-protin) telah mula dijual di Mydin. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Mydin K. Kerian terutama sekali kepada En. Zarihan, Puan Ros, Boss Mr S.Naidu di atas kerjasama anda semua.

Insya Allah, pada hari Ahad nanti, 20/2/2011 Bidara Flour akan menganjurkan program demonstrasi membuat kek & roti di Mydin.
Jumpa di sana!