Rakan Niaga

Penghantaran ke FAIZA


Bidara Flour telah membekalkan tepung gandum ke SYARIKAT FAIZA SDN BHD. Setakat ini Bidara sudah menghantar 14 tan untuk diedarkan ke seluruh Malaysia.

 

penghantaran ke Mydin untuk sumbangan mangsa banjir



Penghantaran tepung bidara ke Mydin untuk mangsa banjir di utara tanah air.

Penghantaran ke Noraini Cookies


PENGHANTARAN KE KILANG ROTI SIHAT





Bidara Flour telah menghantar 150 guni sebagai penghantaran pertama ke Kilang Roti Sihat keluaran Early Bird Sdn Bhd, Kepong. Penggunaan tepung keluaran bidara amat sesuai dengan keperluan bahan roti sihat yang mementingkan kualiti yang tinggi.

Lebih lanjut mengenai Roti Sihat layari www.lebanonbread.com

Roti sihat berasal dari Roti Lubnan yang telah wujud sejak lebih seribu tahun dan merupakan makanan asasi utama penduduk di Timur Tengah dan juga di negara-negara Mediterranean. Ia merupakan roti asli tanpa minyak dan paling baik untuk kesihatan kita.

Roti Sihat mudah disediakan pada bila-bila masa dan tempat tanpa penyediaan memasak. Anda hanya mengisikannya dengan bahan-bahan yang anda suka. Roti Sihat akan menaikkan rasa asli serta kelazatannya dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungguh cepat, mudah dan enak. 

PENGHANTARAN KE KILANG MEE KUNING CIK SITI






Penghantaran ketiga Tepung Cap Ceri ke Kilang Mee Kuning Cik Siti di Sungai Plong, Sungai Buloh. Penggunaan tepung kami yang tidak menggunakan bahan peluntur warna, benzoyl peroxide menjadikan produk ini lebih selamat dan baik untuk kesihatan seterusnya menepati kehendak Halalan Thayyiban. Kami merakamkan penghargaan kepada pihak cik siti kerana menggunakan produk keluaran orang islam.

lebih lanjut tentang mee kuning ini, sila layari www.meeciksiti.blogspot.com

Produk Mee Kuning yang dikeluarkan Cik Siti Sdn Bhd adalah bebas daripada e-coli. Ini berdasarkan kepada kajian makanan yang dilakukan oleh Permulab dengan mengambil sampel daripada kilang mee Cik Siti. Kajian ini penting bagi menjamin mee yang dikeluaran cik siti menepati piawaian makanan yang ditetapkan. Pihak Cik Siti telah mengambil langkah ini kerana ingin menjaga kualiti dan pemnawaran produk yang boleh memenuhi permintaan di pasaran. Jika dilihat mee kuning lain yang tahan lama sehingga seminggu walaupun tidak disimpan dalam peti ais sememangnya mee tersebut mempunyai tahap kandung bahan kimia atau bahan pengawet yang tinggi membolehkan mee bertahan lama.