Sunday, January 9, 2011

Sekalung Penghargaan Untuk Kepercayaan & Sokongan Anda

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 bulan membuat tinjauan industri berkaitan tepung di tanah serendah sekebun bunga ini, akhirnya usahaku bersambut jua..... Dari Kuala Krai, Machang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh hingga ke Jertih telah dijejaki, cuma Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang yang masih belum sampai lagi.


Pertama dan utama Bidara Flour Sdn Bhd ingin merakamkan penghargaan kepada  semua syarikat, usahawan IKS dan industri berkaitan tepung  di negeri Kelantan yg memberi kepercayaan dan sokongan kepada syarikat Kami untuk membekalkan produk tepung gandum untuk kegunaan masing-masing.

Untuk makluman semua, visi Bidara Flour adalah untuk mengisi kekosongan entiti bumiputera di dalam industri pembekalan tepung gandum di negara kita yang telah dipelopori oleh bukan bumiputera. Pihak Kami menyedari akan keupayaan dan kekuatan syarikat-syarikat lain di dalam industri ini yang sudah bertapak sejak puluhan tahun lagi.

Justeru  itu, pihak Kami cuba memberikan tawaran pembelian terbaik dan berpatutan kepada semua pihak berminat yang bersifat “Win-Win Situation” bagi membolehkan kita bersama-sama menyahut seruan dan hasrat Kerajaan untuk menambah bilangan usahawan atau entiti bumiputera di dalam bidang ekonomi.


Yang lebih utama ialah menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah kerana industri ini masih belum diceburi oleh entiti bumiputera Muslim. Insya Allah, pihak Kami memberi jaminan bahawa produk keluaran Kami bukan sahaja HALAL tetapi tidak mengandungi bahan kimia yang biasa terdapat di dalam tepung (Benzoyl Peroxide) yg telah diharamkan penggunaannya di kebanyakan negara maju kerana boleh menyebabkan kanser. Tidak hairanlah jika HPA yang mementingkan Halalan Toyyiban juga turut menggunakan tepung keluaran Bidara Flour utk industri kek dan pasaran kepada ahli-ahlinya. Bahkan yang terbaru, syarikat Beras Faiza turut menjalinkan kerjasama pintar dengan Bidara.

Akhir kalam, pihak Kami sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak. Kepada yang masih tercari-cari produk ini, hubungilah pengurus Bidara Kelantan untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment